Wednesday 29 June 2011

Uwek, uwek, uwek dan uwek lagi?!!!

Mcm mana kalau la tetiba je aku mengandung lagik?! Alahaiiiiii.... Mudah-mudahan jgnlah lagi yek. Bkn apa, bkn aku tolak rezeki yg diberikan Tuhan cuma aku kesian ngn si manja ku syg tu je la..Yalah anak aku kan masih kecil lagi tiba2 lak dah dpt adik! Tak puas bermanja lg si kecik aku tu nanti. He..he..he.. Tu yg paling merisaukan aku sbb skrg ni je pas mkn/minum aku mesti rasa loya tekak. Dah tu aku pun akan rasa penat sesgt skrg nie. Perut aku pun rasa semcm je. Yg paling penting aku lum dtg period lagik! Kuang..kuang..kuang... Suspen aku dibuatnya. Memang la sejak pas aku bersalin @ caeser dulu period aku memang tak menentu. Kekdg tu 2 minggu sekali je terus period @ bocor. Pada mulanya aku risau la gak nape aku leh jadi mcm tu tapi pas aku tanya pd doktor, doktor kata itu adalah perkara biasa / normal. Semuanya kerana perubahan hormon lagipun kan aku baru pas operate. Barulah lega sikit hati aku nie ha...Anak aku pun masih menyusu bdn lg. Sian lak mengenangkannya nanti. Tapi kalau dah mmg rezeki aku nak dpt baby lg mcm mana ya? Bkn ke semua tu aturan Tuhan Yang Maha Esa! Maka dengan itu aku redha menerima segala-galanya...

Thursday 23 June 2011

BaTuk + SeLsEmA = SEMPUT @ AsMa


Bayangkan kalau kena guna benda alah
nie setiap masa!! Huhuhu..
Sejak semalam lagi aku dah rasa dada aku ketat semcm @ susah sgt nk bernafas. Tapi mcm biasa gak la aku masih tegar/kental/degil/ketegaq jadi aku pun masih lg mkn mknan pedas & berminyak serta minum air ais. So padan la ngn muka aku. Tu la bak kata org tua2 `mencegah itu lebih baik dr mengubati', ha kn skrg sapa yg susah kalau bkn aku yakni tuan bdn sendirik! Ekekeke...Jenuh gak la aku menelan ubat batuk yg ada dlm stok ubat di umah aku tu. Smuanya gara2 aku takut + bimbang penyakit aku makin melarat. Karang tak pasal2 lak aku kena tahan kat wad. Aduyai, bknnya apa kalau aku masuk wad mcm mana ngn Afiq Nuqman nnt? Al- maklumlah si comel aku tu kan menyusu bdn, lagipun sejak anak aku dah semakin membesar nie dia kurang gemar kalau berada di tmpt yg agak sesak/ramai org (sebijik mcm Abahnya!) Like father, like son.. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!! Huhuhuhu.... Lagipun aku tak mao la anak aku pun berjangkit sekali sbb  Afiq Nuqman tu mmg la cepat sgt berjangkit dr aku pantang je aku tak sihat sikit je confirm pas tu anak aku tu lak dmm/sakit. Aku mmg berjaga-jaga dlm hal nie sbb dah pernah ada experience mcm mana teruknya anak aku tu dmm. Siap terkejut-terkejut lagi sbb suhu bdnnya panas sesgt. Huih time tu rasa mcm nk je aku tukar ganti ngn anak aku agar segala penyakitnya biarlah aku yang tanggung. Walau sakit teruk mcm mana sekalipun aku tetap gak g opis sbb minggu ni ngn minggu dpn aku teramat sgt le bz. Sabau je lah. Hikhikhik...:(

Friday 17 June 2011

Dinner & Barbecue @ Suasana Sentral Kondo

Malam hari Rabu dulu aku sefamily dijemput untuk menghadiri jamuan mkn mlm / dinner (siap ada barbecue lagi!) di kwsn yg agak elit di pinggiran ibu kota. Pada mulanya mr. asben aku mcm biasa la malas nk g ke tmpt2 / occasion mcm nie... Huhuhuhu. Alasannya tentu jln jammed la ayg! Aduyai, tapi setelah aku nasihatkan bahawa semua tu penting utk kerjaya & masa dpnnya. Yalah kan ke yg menganjurkan & menjemput tu ialah bos mr. asben sendirik. Dalam terpaksa rela akhirnya mr. asben mengalah jua...Hehehe.. Alhamdulillah, akhirnya kami ketemu jua tmpt yg dituju walaupun terpaksa menempuh sedikit jammed + sesat jln (Al-maklum la tiada pelan, just follow signboard aje). Sebaik saje kami tiba ke destinasinya, melopong jap mulut aku ngn mr. asben. Hehehehe.. Wow! Punyalah cantik + mewah + eksklusif kediaman tersebut. Dpt aku simpulkan bahawa penghuni2 nya adalah dr golongan yg berada & foreigner. Jadi aku mmg kagum la ngn bos mr. asben sbb menjadi salah seorg penghuni di kondo mewah tersebut!  Wife & bos mr. asben aku mmg la sgt2 peramah, baik hati & penyayang. Tak terasa mcm pekerja ngn bos. Dah mcm kengkwn rapat je dibuatnya. Layanan yg diberikan mmg bagus & baik walaupun bos mr. asben tu dr kasta yg jauh berbeda ngn kami berdua. Aku pun tak lepaskan peluang utk beramah mesra, berbual & berkenalan ngn opismate mr. asben aku. Yg paling best sekali, wife bos mr. asbenku mengambil pelbagai mknan serta minuman utk kami berdua bg menjamu selera. Sedar2 dah penuh meja kami! Ekekeke... Mr. asbenku masih malu2 kucing utk mkn tapi aku tolak tepi la smua tu. Bab kata pepatah, rezeki jgn ditolak! Tak gitu? Nikmat betul rasa dinner mlm tu sbb dah la tmptnya diadakan di swimming pool ngn angin sepoi2 bahasanya, viewnya pun tersgt la cantik & sedap mata memandang. Kami pun tak terasa terpinggir dek sbb layanan 1st class dr   wife & bos mr. asbenku. Afiq Nuqman pun  seronok sesgt mlm tu dpt g jln2 & mkn2. Asyik sengih je si manja aku tu sbb ramai sgt yg melayannya mcm anak raja! Mknan + minuman serta dessert yg disediakan mmg la sedap & enak2 belaka. Kenyang betul aku ngn Afiq Nuqman mlm tu! Tapi mr. asben aku je kurang mkn sbb dia mmg typical melayu. Jadi tak sah la kalau tak mkn nasi putih katanya. Alahai... rugi la abg nie tau. Apapun aku ingin merakamkan jutaan terima kasih pd wife & bos mr. asben yg sudi menjemput kami sefamily dinner & atas segala layanan yg diberi. Syukran!

P/S : Gambar ihsan miss Google..

Thursday 16 June 2011

Happy Birthday 2 ME!!!!!

Semalam (9 Jun 2011) telah genap usiaku menjangkau 3 series....Namun begitu aku bersyukur kerana aku telah dianugerahkan cahayamata yang amat comel, keletah, manja, sihat, baik & bijak. Sehari sebelum hari lahirku, aku telah menerima birthday card dari Mr. Simon (kenalanku!) Wah, bestnye.. Tqvm Mr. Simon atas kiriman kad tersebut. I'm really grateful. Tepat je menghampiri jam 11:53:49 pm hp aku berbunyi. Sms ucapan hari lahir dr mr. asben rupanya!! Aduyai... terharu + gembira + merasa amat bertuah sesgt. Terasa diriku amat dihargai, diingati & disayangi sepenuh hati!! Sbb mr. asben aku bknlah yg jenis yg romantic person. Cinta, kasih, sayang serta rindu yg dipamerkan pdku mmg agak sukar dilafazkan oleh mr. asben tapi melalui perbuatan, pengorbanan & tingkah lakunya dpt aku tafsirkan sedlm mana cinta, kasih, sayang & rindu pdku. Kira-kira jam 09:41:45 am, hp aku berbunyi. Sms ucapan hari lahir dr abgku di Manjung. Thanks a lot bro! Ptg tepat pukul 5.30, mr. asben tiba di opisku sambil mendukung permata hati kami, Afiq Nuqman. Barulah aku tau rupa-rupanya mr. asben dah ada rancangannya tersendiri nak celebrate birthday aku di luar mlm nanti. Tapi sebelum tu, mr. asben sempat la membeli kek coklat sponge yang sgt sedap! Sambil memberi hadiah + birthday card! Sweet & simple birthday card tu... Sekali lagi aku terkesima! Terus aku peluk + cium mr. asben ngn si manjaku sayang. Afiq Nuqman pun mcm tau2 je birthday mamanya hari nie sbb bila aku nyanyikan lagu birthday terus dia berjoget sakan & tersenyum riang. Pandainya anak mama nie. Sungguh, mama amat berbangga memiliki serta melahirkan Afiq Nuqman! Afiq Nuqman la hadiah buat mama yang paling tak ternilai dengan jutaan wang ringgit + harta pusaka + pangkat + nama + gelaran. Abang & Afiq Nuqman adalah nyawa & sumber inspirasi dalam hidup ayg / mama. Semoga keluarga kita dilimpahi rahmat, bahagia & diredhai oleh Nya sepanjang masa. Amin... Malam tu kami sekeluarga gi dinner. Aku happy & enjoy sesgt ngn sambutan birthday aku tahun ni. Kengkwn, akakku, bos2 ku & anak2 sedaraku pun tak lupa wish dlm Facebook aku. Meriah rasanya! Thank u so much u olllllssss.... Terharu & bangga aku dibuatnya. Aku akhiri nukilan aku kali ni ngn sms dr mr. asbenku yg tercayang! " SELAMAT HARI JADI MAMA.. SEMOGA JODOH PERTEMUAN KITA BERKEKALAN HENDAKNYA... SESUNGGUHNYA ABAH DAN AFIQ AMAT SAYANGKAN MAMA". TQ ABAH & AFIQ NUQMAN. MAMA LAGILAH SAYANG ABAH NGN AFIQ NUQMAN SELAMA-LAMANYA! Together 4 eva' n' eva'.....Gambar ihsan cik Google!

Er, ada sesapa nak hadiahkan aku kek lagi ke? Ekekekeke....

Friday 10 June 2011

~SeLaMaT hArI gUrU~

Teristimewa Buat Semua Warga Pendidik:

Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Belayar Bernakhoda,
Berjalan Dengan Yang Tahu;
Ketika Ilmu Ditimba,
Biarlah Kita Berguru.

Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.



Bila sebut je bab2 hari guru nie, fikiran tak akan terlepas dari mengingati arwah Abah yang tercinta (Al-Fatihah...) Bagi aku arwah Abah adalah seorang guru yang penuh wibawa,  penuh dengan  semangat nasionalisme, penuh dedikasi, penyayang (teramat sangat!) dan very humble (down to earth!). Memang terlalu payah serta sukar untuk aku luahkan dengan perkataan. Aku mengambil masa yang agak lama (sebenarnya terlalu lama!) bagi menulisnya kerana jauh di sudut hati aku, aku amat merindui arwah Abah (selalu & terlalu merindui!!)... Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah menangisi pemergian arwah Abah. Hingga kini aku merasakan seolah-olah pemergian arwah Abah macam mimpi. Sampai ke saat & detik ini. Huhuhuhu.... Hati menangis siapa yang tahu! Nukilan ini aku tujukan juga buat abg aku di Manjung & akak aku yang bergelar guru! Tak lupa juga buat semua guru-guru di seluruh Malaysia. " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara", amat sesuailah tema hari guru pada tahun ini. Terima kasih CIKGU!!!!!

Monday 16 May 2011

hApPy MoThEr'S dAy...

Walau agak terlewat untuk dibicarakan namun bagi aku, iainya masih belum terlewat kerna bagi diri aku "HARI ISTIMEWA INI" sepatutnya disambut setiap hari (bkn semestinya 8 Mei saje!). Segala jasa, budi, pengorbanan, tunjuk ajar & kasih sayang yang dicurahkan oleh insan yang bergelar ibu ini amatlah besar. Tak ternilai rasanya, tak mampu untuk kita semua membalas segalanya & tak boleh dibanding dengan wang ringgit + harta + kekayaan + pangkat + nama/gelaran di dunia ini. Aku bercakap ni pun dari hasil pengalaman hidup aku setelah hampir 12 tahun pemergian arwah Mak tercinta Allahyarhamah Mardziah binti Hj. Abd. Manan. Al-Fatihah... Moga arwah Mak bahagia di SANA. Sejujurnya aku amat merindui kasih, sayang, perhatian, tunjuk ajar, belaian, pujukan, masakan serta segala-galanya tentang arwah Mak. Nak2 pula time aku berkawen, mengandung, bersalin & berpantang memang la rasa kehilangan sesangat. Nak mengadu, bermanja & merasai pengalaman arwah Mak menjaga aku time berpantang memang lah tak mungkin...Huhuhuhu.. Sedih lak bila mengenangkan nasib diri nie! Apapun aku bersyukur kerna sempat gak merasa kasih, sayang, perhatian, tunjuk ajar, belaian, pujukan, masakan serta segala-galanya tentang arwah Mak walaupun sebentar cuma. Segala kenangan tu terpahat kukuh dalam memori + minda aku selama-lamanya. Bagiku arwah Mak the best Mum in the world! Sebab tu Allah lebih menyayangi arwah Mak & dipinjamkan arwah Mak pada aku untuk sebentar cuma. Memang sukar nak cari insan sebaik/semulia arwah Mak. She's the only one in this world.. Arwah Mak memang penyayang, rajin, workholic, pandai masak, pandai mengemas umah, pandai menjahit, pandai menjaga rumahtangga, pandai bab2 agama. pendek kata arwah Mak memang perfecto serba serbi. Paling istimewa pasal arwah Mak aku ni ialah arwah Mak jarang ambil port / masuk campur hal orang lain. Amat susah @ sukar nak tengok arwah Mak marah, mengeluh, menyesal, mengutuk, mengata dan sebagainya lagi. Arwah Mak paling suka senyum. Susah sangat nak dengar arwah Mak bersuara tak tentu pasal! Yang paling aku kagum ngan arwah Mak, walau sesibuk mana sekalipun arwah Mak menjaga anak-anaknya (ramai tu dalam 9 orang! 3 orang heroin & 6 hero) & rumahtangga arwah Mak sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di rumah bersama-sama arwah Abah. Maksudnya sentiasa berpakaian rapi + bersih + wangi untuk suami & anak-anak tercinta! Terus-terang aku katakan aku tak mampu malah tak layak untuk menjadi sebaik arwah Mak... Tu yang aku rasa sedikit sebanyak aku menyesal gak la sebab aku tak sempat nak belajar & berguru ngan arwah Mak untuk menjadi ibu serta isteri sebaik arwah Mak. Kalau tak banyak sikit pun jadilah...Harapan serta doa aku semoga suatu hari nanti aku berjaya gak mengikut jejak arwah Mak dalam mendidik & membesarkan permata hatiku Afiq Nuqman sebaik mungkin. Amin... InsyaAllah. Oh ya, aku 1st time merasa lah jugak meraikan hari ibu ni ngan anakanda tercayang. Hadiah yang paling berharga buat diriku sempena hari ibu tahun nie adalah kelahiran putera comelku. Tiada hadiah yang setanding ngannya!! Akhir bicara, `Selamat Hari Ibu' untuk semua kaum ibu di luar sana especially buat arwah Mak tercinta & Mek di Ganu. Semoga kita semua akan menjadi yang terbaik dalam menjaga & memacu keluarga tersayang ke arah masa depan yang gemilang!!  Berbanggalah dengan peranan & tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita ini. Jayakannya dengan sepenuh hati.... Seikhlasnya.

-Kata-kata puitis ihsan dr incik Google-

Monday 9 May 2011

ExAmKu, ExAmMu JuA.....

Al-kisah maka tersebutlah kisah sang kancil dengan kura2 puteri rupawan @ rupa mcm awan yg terpilu akan menempuhi peperiksaan khas untuk memasuki skim perkhidmatan penolong pegawai tadbir gred N 27 (kenaikan pangkat secara lantikan/kpsl). Masa alohnyer aku idok le study bagai / tak study pun oleh kerna kebizian yang amat ketara.... Ngn keja2 di opis & melayan karenah cahayamata yang semakin lasak + aktif. Membuatkan aku agak keletihan sesangat dalam erti kata yang laen aku mmg maleh la nak baca2 buku nie sejak aku meninggalkan zaman remaja percintaan persekolahan. Jadik segala alasan2 di atas tu hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan ngn idup mahupun pun yang telah tiada. Dah maleh tu ngaku ajele Husna oiiii.... Hehehehe.. Bak kata mr. asben ku "eleh, mcm2 la awak punya alasan tu kan!" Aramak mcm mana mr. asben aku leh tau yg aku nie mmg la maleh nak mengadap buku2 ilmiah nie ha? Agak2nya dah terpampang di air wajah/air muka aku nie yekkk? Justeru itu, kengkawan sekelian alam & manusia, kita akan bertemu lagik di hari Jumaat, 13 Mei 2011 ya. Hal ini kerna aku akan bercuti tanpa rekod (yiiiippiieeee) selama 3 hari. Doakan semoga aku sukses nanti. Aku start exam mulai 10-12 Mei 2011 di Hotel Flamingo, Ampang. Peh la jauhnya tempat aku kena exam kali ini. Sib baik mr. asben leh tlg hantarkan selama 3 hari berturut-turut. Mr. asben siap tunggu aku sampai aku abis exam lagik tau. `Oh my dear laling, tq so much! u mean everything 2 me!!' Muuaaahhhsssss......... P/S: Gambar ihsan dr cik google. Aku ala2 gambar tu la. Just peluk buku je ari2. Tak baca pun! Moga mujarab lah nanti hasilnya! Huhuhuhu.. Keja kat opis pun melambak-lambak. Opismate aku dah muncung sedepa aku cuti lagik! Alahaiiii nak buek cam no.....

Wednesday 4 May 2011

Migrain oh migrain....

Bahawasanya adalah dimaklumkan bahawa hari nie aku x de mood sbb kena migrain balik. huhuhuhu.... Sebenonya dah lama aku x kena migrain nie ha since 2004 lagi. Last sekali aku kena serangan migrain nih aku terjatuh dpn BSN kat PB dulu dalam taun 2004. Hehehe.. Itu jam aku masih single mingle lagik la. Jugak aku belum keja ngn gomen. Harus diingat, waktu itu BMI badanku agak ok lagik. Ye ke oke? Ahaks hentam ajelah labu labi. Jadi aku terus la pepagi pas bersiap nak g opis aku mengajak mr. asben ke klinik kesihatan Presint 9 seawal yg mungkin. Oleh kerana kesakitannya jelas ketara maka aku dah x leh nak bertahan lagi. Opismate aku lak tinggal sesorg  pagi nih sbb Cik Eita (pegawai kontrak kat sektor aku bercuti ari nie). Ikutkan rasa sesedap oren sunkist nak je aku amik MC tapi dek mengenangkan opismate aku yg tengah peknen tu sian lak kena buli sorg2 ngn pegawai2 kat sektor aku ni ha... Karang dia lak yg sakit, aku gak yg susah (susah dlm erti kata yg laen, aku lah yg kena cover, take over keja dia nnt! huhuhuhu... mintak ampun! aku lum bersedia mental + fizikal lagi nih. Biolah aku tanggung kejanya dlm bln 8 nnt pun udahlah yeop oiii... Maunye time tu mike pun x sempat nak berbelog kemain. Hah padan muko aku! At least skrg leh gak aku lepaskan tension kat belog aku ni hah... Ntah-ntah taim tue nnt belog aku terus bersawang-mawang la dek kebizian aku menanggung kejanye. Umangaaaiiii.... Aku dpt bayangkan taim tu nnt, aku bkn saje leh dpt migrain malahan lebih dr tu aku leh dpt! Uhuk,uhuk,uhuk..... Mesti penat gile rempah kari babas aku taim tu. Mana nak buat claim pegawai2 la, meeting la, failing la, up date google calendar la, taip menaip surat/memo/maklum balas la, e-mel menge-mel la, faks mengfaks lagik, scan mengscan la & la, la, la, lain lagik. Perghhh semoga masa tu nnt aku diberi kesihatan yang elok + mood yang baik. Aminnnnn..... Anak mama juga!  X pe janji masyuk pun ok gak la.. Leh buat shopping baju anak mama nnt. So, mulai skrg aku kenalah amalkan pemakanan yg sihat serta rehat + tido yg mencukupi agar aku leh buat preparation menantikan masa/bln 8 ini.

P/S: Gambar ihsan mr google..

Friday 29 April 2011

Keja..meeting..keja..meeting dan lagi dan lagi dan lagi!!!

Minggu nie merupakan minggu yg agak memenatkan aku. Terus terang aku ckp la rasanya kudrat + minda aku amatlah letih bangat dong tahap Impak Maksima rasanya nih! Mana nak memikiokan hal keja la, hal umah tangga lagik, hal anakanda tercinta & hal-hal lain lagik...Leh malatop rasanya pale otak aku nih ha adik2,akak2 & abang2ku . Lagipun arahan yg diberikan utk preparation bahan2 bg meeting sok ada mcm2 bentuknya. Leh fitam ngn berhangin 1 badan aku dibuatnya.Mana nak diperbanyakkan bahan2 la, nak buat cover pelbagai warna la, nak binding la, nak guna separator la, nak kawal kualiti dulu la,nak print colour la, nak print black & white la serta mcm2 lalala lagik. Yang pasti bkn siput babi @vavi lala tau tuan2 & puan2 pembaca sekelian. Huh, tension tahap gaban dah aku ni. Mmg la aku ni SYMP tapi kita kenalah fikir mengikut logik akalnya jugak bila sesuatu benda tu nak dibuat/dihasilkan sama ada benda tu relevan ke idok. Ye tak? Karang buat cantik pelbagai warna & separator serta binding tapi kalau akhirnya difailkan aje buat hapa! Tu pun kalau betul la difailkan. Kalau dibakul sampahkan je mcm mana? Tak ke buang karan & buang masa serta buang peluh ketiak aku saje nnt. Huhuhuhu...Yang paling penting lagik, sempat ke aku nk buat sesorg ptg ni hah?!! Rasa mcm nk menjerit & fire je semua org suh cepat2 bg bahan yg nk diperbanyakkan tuh nnt. Adoi la..... Leh imigran eh silap taip la pulok.hehehehe..Leh migrain aku dibikinnya.Oh ya,kenapa opis baru aku nih suka sesgt wat meeting2 ni yek?! X sah la kalau sehari/seminggu x de meeting..Huhuhuhu...Lagi sodih bila ada la sorg minah nie @ penolong pengarah kat opis aku yg mengata aku bkn2 dkt org ramai. Ya Allah org mcm tu pun ada ke dlm dunia nih? Tapi x mengapalah janji aku kena sbr byk2 & kena kuatkan mental serta fizikal aku utk berdepan ngn org2 yg psiko mcm nih. Sbrlah hatiku!!

Wednesday 27 April 2011

~sEdEtIk LeBiH~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Special dedicated 2 me by Abg Nuar Zain. ;p (hehehehe... Afiq Nuqman, jgn marah2 tau mama nak layan jiwang japs nie ha!!) opss tq 2 pemilik belog 1 lirik lagu sbb saya telah copy paste kan lirik ini. juga tis song i dedicated 2 uoollsss (especially 2 mr. asben bucuk!)

~Di SaAt Ku MeNyInTaImU~

 
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu

Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Weeewoooooooo... Moh sesame le kite layan jiwangs karatz jap ari nie sesambil mendengokan lagu berhantu nih. Best giler lagu nih uuoollssssss!! ^-^

Tuesday 26 April 2011

kEnApA?!


Kenapa tetiba jek aku memilih tajuk n3 kali ini ngn persoalan kan?! Dan mengapa ada lak gambo boifren lama aku Abe Nuar Jeng ngah nyanyi (sambil tersenyum mesra + menawan pdku! Oh, Abg Nuarku. Gatai ke mama nie Afiq Nuqman? Hehehehe..)  pakai spek mata itam bingkai ijo lak tu. Aduhai boifren lama aku ni mmg la encem giler! Bkn gilo/psiko kek Tanjung Rambotan tu yo. Tapi ketampanan & kekacakkannya mampu membuatkan semua gadis/mak budak/anak dara/janda/ibu tunggal/ibu tinggal/ibu tunggol/nyah meleleh air mata,air liur mahupun air hidung / ingus ala-ala anak mama Afiq Nuqman selsema!! Mama pun mmg tangkap cintan cintun sama ini Anuar Zain lor!! Tapi...ha ada tapi tau tuan2 & puan2 sekelian alam semulajadi semua. Apa2 pun mr. asbem tetap menjadik pojaaan sirap limau atiku ini!! Dulu, kini & selamanya... Percayalah (nyanyi ala2 Dato' CT) cayang! Berbalik ke tajuk utama kita pada hari ini ya tuan2 & puan2 yg dihormati sekelian, kenapa aku memilih tajuk blog aku mcm tu? Sebab utamanya ialah kerana aku suka sesangat ngn lagu dendangan Anuar Zain yang berjudul "LELAKI INI" tuh. Selain drpd itu, aku punya sbb2 & alasan2 yg kukuh untuk memilih tajuk ini yakni dlm hidup aku hanya 4 org lelaki yg teristimewa/special/kusyg/kukasihi/kucintai/kurindui selama aku bernafas di muka bumi nie. Lelaki2 itu adalah arwah Abahku,Afiq Nuqman,mr. asben & Che Det (abg kandungku di Manjung). Tanpa mereka tak bermaknalah kehidupan aku selama hampir 30 tahun ini. Alamak dah tua dah aku taun nie rupanya. Dah masuk era 3 series dowh! Huhuhuhu.. Sib baek dah ada anak. Justeru itu, aku ngn tekad + tawaduk sebulat air suara ngn hati aku memilih "LELAKI INI" sebagai tajuk blogku kali ini bersempena ngn mereka yg pernah/telah/akan mewarnai hidup aku ini forever & ever... `To love is nothing.. To be loved is something.. To love and be loved is EVERYTHING!!!' "Love, do what makes u happy. Be with who makes u smile, Laugh as much as u breathe, Love as long as u live! Sshhhhhh... picture kredit to Oh Bulan!

Monday 25 April 2011

mOnDaY bLuEsSs........


Emosi aku ari nie mmg kacau bilau. Kalu g check kat spital sure blood pressure aku naik tinggi nih! Mcm KLCC. Aduyai... Mana taknya tetiba je hp aku buat problem. Mcm tau-tau je org gomen dpt gaji ari nie. Dibuatnya tak de line dr semlm smpai ler ke ari nie.Karang aku buat down line sendirik baru tau hp nih! Ekekekeke.. Tensi aku dibikinnya! Paneh rasanya hati den ni ha... Terus aku membebel kat mr. asben aku sepanjang jln kehidupan  dr umah ke opis aku. Sambil merungut kata nk cari/beli hp baru. Terus terlintas kat minda cerdik pandai bijak aku nak tanya Maxis pasal plan iPhone & lelain tu. Kalau ok, baik aku pejam mata hati aku, rembat je salah satu fon yg ditawarkan pakejnya tu! Leh ke mcm tu? Kalau tanya mr. asben for sure jawapannya "awk ni,buat membazir duit je la.." Huhuhuhu. Tapi kan abg fon ayg dah tak leh guna la. Mcm mana nie? Mcm mana kalau ada hal2 urgent/ my boss Mr. G nak buat sport check nanti sama ada ayg g opis ke,or g shopink kat Alamanda ke? Hehehehe.. Logik tak alasan ayg tu abg?! Isteri abg nih mmg la terror dlm bab2 ini. Bab2 utk menghabiskan uang ringgit & harta benda abg. Hehehehe.. Lagi pulok agak menyedihkan aku opismate aku lak MC ari nie. Huhuhu.. Rasanya nk menyanyi je lagu NEGARAKU dlm erti kata yg laen nk menangis + menjerit sekuat ati ayam serama je aku pepagi nih! Adoiii.. Keja tgh melambak-lambak kt opis yg ku chenta ikkkkkk ni. Apa nk buat dah nasib badan. Opismate aku tgh peknen skrg ni. Due datenya bln Ogos nanti. Perghh aku rasa taim tu musti aku tak cukup kaki ngan tangan nak mengerjakan segala mak nenek atuk keja kat opis ni. Aramak... Leh pengsan la aku taim itu nanti! Napelah aku tak peknen lagi taun ni. Kalau idok kan ke senang lenang aku bercuti di rumah! Lama tuh 3 bulan yuooooooollssss... Tapi kan bila difikirkan balik baik le aku bawak hp aku g repair dulu. Kalau tak ok gak baru le teman memikiokan cam mane le gamaknya solution terbaek buat aku nanti. Tak pun kite bakor ajenye! Lagipun hp aku nih byk sentimental valuenya buat diri teman ni mike oiii.. Harap-harap ok lah hp aku ni setelah dihantar repair nanti la. Amin... Dapat la aku jimat cermat apa yg patut buat masa terdekat nie hah..Al-maklum la semenjak adanya anak ni aku kena la dahulukan my baby dahulu dalam apa jua yg aku lakukan supaya si manja aku tu tak terabai. Anak ni kan anugerah & tanggung jawab utk kita semua. Jadi kena la utamakan bab2 Afiq Nuqman dulu barulah hal2 mamanya. Betul tak mr. asben cayang? Huhuhuhuhu.....
P/S: Gambo hasil tajaan Maxia @ kredit picture 2 Maxis chenta hatiku!

Friday 22 April 2011

CINTA HATIKU TERSAYANG!!!!


Afiq Nuqman

Tanggal 29 September 2010 (Rabu), tepat pukul 13.17 p.m. yakni bersamaan 1.17 tengah hari.. lahirlah (secara operation/caesar) cinta hati yang selama ini amat dinantikan kehadirannya dalam kehidupan aku & suaminya tercinta. Sejak malam lagi aku tak lena tido. Bercampur aduk rasanya perasaan aku kala ini. Rasa takut + seram + sejuk + ngeri + gembira + terharu + saspen + risau + sedih. Yelah 1st time kena masuk @ duduk dalam wad ni memang la tak lena tido aku dibuatnya. Nak pulak semenjak kawin/peknen nih aku jarang tido sesorg.Huhuhuhu..Pukul 5 pagi aku dah bangun mandi. Sebab nanti nurse nak pasang tiub tayar bagi membolehkan aku membuang air kecil. Adoiii sakit sesgt mase dipakaikan tiub tayar tuh. Dah tu pulok misi a.k.a. nurse tersebut telah salah pasang jadi bila aku ter shishi terus ke katil ku saje. Bila mr. asben ku tanya "nape bau mcm hancing je kt awk nie yang?!" Barulah aku tersedar yang tiub tu tak dipasang dengan sempurna.Perghhh.. Taim tu hangin 1 badan je aku rasa sebab dah la sakit sebenornya aku ngah kecut tali pusat perut sebab tunggu turn nak caesar.hehehehe... Tapi aku memang  terharu + bersyukur + gumbira mempunyai suami seperti mr. asbenku yang sentiasa setia berada disisi aku memberi kata-kata semangat & perangsang serta menjaga aku dengan penuh kasih sayang sepanjang tempoh kehamilan, operation & berpantang aku. Jarang/susah tau nak jumpak suami mithali macam mr asben ku ini taim nih. So, dikesempatan ini ala-ala Awie ckp dlm filim Zombie Kampung Pisang saya dengan bangga & berbesar hatinya ingin menujukan lagu nyanyian boifren lama saya Anuar Zain "SEDETIK LEBIH" buat sang arjuna tercinta a.k.a. mr. asben @ Encik Mazlan bin Ismail dengan ucapan i lap u sooo muchhhh....wink..wink.. Muahhsssss....