Monday 16 May 2011

hApPy MoThEr'S dAy...

Walau agak terlewat untuk dibicarakan namun bagi aku, iainya masih belum terlewat kerna bagi diri aku "HARI ISTIMEWA INI" sepatutnya disambut setiap hari (bkn semestinya 8 Mei saje!). Segala jasa, budi, pengorbanan, tunjuk ajar & kasih sayang yang dicurahkan oleh insan yang bergelar ibu ini amatlah besar. Tak ternilai rasanya, tak mampu untuk kita semua membalas segalanya & tak boleh dibanding dengan wang ringgit + harta + kekayaan + pangkat + nama/gelaran di dunia ini. Aku bercakap ni pun dari hasil pengalaman hidup aku setelah hampir 12 tahun pemergian arwah Mak tercinta Allahyarhamah Mardziah binti Hj. Abd. Manan. Al-Fatihah... Moga arwah Mak bahagia di SANA. Sejujurnya aku amat merindui kasih, sayang, perhatian, tunjuk ajar, belaian, pujukan, masakan serta segala-galanya tentang arwah Mak. Nak2 pula time aku berkawen, mengandung, bersalin & berpantang memang la rasa kehilangan sesangat. Nak mengadu, bermanja & merasai pengalaman arwah Mak menjaga aku time berpantang memang lah tak mungkin...Huhuhuhu.. Sedih lak bila mengenangkan nasib diri nie! Apapun aku bersyukur kerna sempat gak merasa kasih, sayang, perhatian, tunjuk ajar, belaian, pujukan, masakan serta segala-galanya tentang arwah Mak walaupun sebentar cuma. Segala kenangan tu terpahat kukuh dalam memori + minda aku selama-lamanya. Bagiku arwah Mak the best Mum in the world! Sebab tu Allah lebih menyayangi arwah Mak & dipinjamkan arwah Mak pada aku untuk sebentar cuma. Memang sukar nak cari insan sebaik/semulia arwah Mak. She's the only one in this world.. Arwah Mak memang penyayang, rajin, workholic, pandai masak, pandai mengemas umah, pandai menjahit, pandai menjaga rumahtangga, pandai bab2 agama. pendek kata arwah Mak memang perfecto serba serbi. Paling istimewa pasal arwah Mak aku ni ialah arwah Mak jarang ambil port / masuk campur hal orang lain. Amat susah @ sukar nak tengok arwah Mak marah, mengeluh, menyesal, mengutuk, mengata dan sebagainya lagi. Arwah Mak paling suka senyum. Susah sangat nak dengar arwah Mak bersuara tak tentu pasal! Yang paling aku kagum ngan arwah Mak, walau sesibuk mana sekalipun arwah Mak menjaga anak-anaknya (ramai tu dalam 9 orang! 3 orang heroin & 6 hero) & rumahtangga arwah Mak sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di rumah bersama-sama arwah Abah. Maksudnya sentiasa berpakaian rapi + bersih + wangi untuk suami & anak-anak tercinta! Terus-terang aku katakan aku tak mampu malah tak layak untuk menjadi sebaik arwah Mak... Tu yang aku rasa sedikit sebanyak aku menyesal gak la sebab aku tak sempat nak belajar & berguru ngan arwah Mak untuk menjadi ibu serta isteri sebaik arwah Mak. Kalau tak banyak sikit pun jadilah...Harapan serta doa aku semoga suatu hari nanti aku berjaya gak mengikut jejak arwah Mak dalam mendidik & membesarkan permata hatiku Afiq Nuqman sebaik mungkin. Amin... InsyaAllah. Oh ya, aku 1st time merasa lah jugak meraikan hari ibu ni ngan anakanda tercayang. Hadiah yang paling berharga buat diriku sempena hari ibu tahun nie adalah kelahiran putera comelku. Tiada hadiah yang setanding ngannya!! Akhir bicara, `Selamat Hari Ibu' untuk semua kaum ibu di luar sana especially buat arwah Mak tercinta & Mek di Ganu. Semoga kita semua akan menjadi yang terbaik dalam menjaga & memacu keluarga tersayang ke arah masa depan yang gemilang!!  Berbanggalah dengan peranan & tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita ini. Jayakannya dengan sepenuh hati.... Seikhlasnya.

-Kata-kata puitis ihsan dr incik Google-

Monday 9 May 2011

ExAmKu, ExAmMu JuA.....

Al-kisah maka tersebutlah kisah sang kancil dengan kura2 puteri rupawan @ rupa mcm awan yg terpilu akan menempuhi peperiksaan khas untuk memasuki skim perkhidmatan penolong pegawai tadbir gred N 27 (kenaikan pangkat secara lantikan/kpsl). Masa alohnyer aku idok le study bagai / tak study pun oleh kerna kebizian yang amat ketara.... Ngn keja2 di opis & melayan karenah cahayamata yang semakin lasak + aktif. Membuatkan aku agak keletihan sesangat dalam erti kata yang laen aku mmg maleh la nak baca2 buku nie sejak aku meninggalkan zaman remaja percintaan persekolahan. Jadik segala alasan2 di atas tu hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan ngn idup mahupun pun yang telah tiada. Dah maleh tu ngaku ajele Husna oiiii.... Hehehehe.. Bak kata mr. asben ku "eleh, mcm2 la awak punya alasan tu kan!" Aramak mcm mana mr. asben aku leh tau yg aku nie mmg la maleh nak mengadap buku2 ilmiah nie ha? Agak2nya dah terpampang di air wajah/air muka aku nie yekkk? Justeru itu, kengkawan sekelian alam & manusia, kita akan bertemu lagik di hari Jumaat, 13 Mei 2011 ya. Hal ini kerna aku akan bercuti tanpa rekod (yiiiippiieeee) selama 3 hari. Doakan semoga aku sukses nanti. Aku start exam mulai 10-12 Mei 2011 di Hotel Flamingo, Ampang. Peh la jauhnya tempat aku kena exam kali ini. Sib baik mr. asben leh tlg hantarkan selama 3 hari berturut-turut. Mr. asben siap tunggu aku sampai aku abis exam lagik tau. `Oh my dear laling, tq so much! u mean everything 2 me!!' Muuaaahhhsssss......... P/S: Gambar ihsan dr cik google. Aku ala2 gambar tu la. Just peluk buku je ari2. Tak baca pun! Moga mujarab lah nanti hasilnya! Huhuhuhu.. Keja kat opis pun melambak-lambak. Opismate aku dah muncung sedepa aku cuti lagik! Alahaiiii nak buek cam no.....

Wednesday 4 May 2011

Migrain oh migrain....

Bahawasanya adalah dimaklumkan bahawa hari nie aku x de mood sbb kena migrain balik. huhuhuhu.... Sebenonya dah lama aku x kena migrain nie ha since 2004 lagi. Last sekali aku kena serangan migrain nih aku terjatuh dpn BSN kat PB dulu dalam taun 2004. Hehehe.. Itu jam aku masih single mingle lagik la. Jugak aku belum keja ngn gomen. Harus diingat, waktu itu BMI badanku agak ok lagik. Ye ke oke? Ahaks hentam ajelah labu labi. Jadi aku terus la pepagi pas bersiap nak g opis aku mengajak mr. asben ke klinik kesihatan Presint 9 seawal yg mungkin. Oleh kerana kesakitannya jelas ketara maka aku dah x leh nak bertahan lagi. Opismate aku lak tinggal sesorg  pagi nih sbb Cik Eita (pegawai kontrak kat sektor aku bercuti ari nie). Ikutkan rasa sesedap oren sunkist nak je aku amik MC tapi dek mengenangkan opismate aku yg tengah peknen tu sian lak kena buli sorg2 ngn pegawai2 kat sektor aku ni ha... Karang dia lak yg sakit, aku gak yg susah (susah dlm erti kata yg laen, aku lah yg kena cover, take over keja dia nnt! huhuhuhu... mintak ampun! aku lum bersedia mental + fizikal lagi nih. Biolah aku tanggung kejanya dlm bln 8 nnt pun udahlah yeop oiii... Maunye time tu mike pun x sempat nak berbelog kemain. Hah padan muko aku! At least skrg leh gak aku lepaskan tension kat belog aku ni hah... Ntah-ntah taim tue nnt belog aku terus bersawang-mawang la dek kebizian aku menanggung kejanye. Umangaaaiiii.... Aku dpt bayangkan taim tu nnt, aku bkn saje leh dpt migrain malahan lebih dr tu aku leh dpt! Uhuk,uhuk,uhuk..... Mesti penat gile rempah kari babas aku taim tu. Mana nak buat claim pegawai2 la, meeting la, failing la, up date google calendar la, taip menaip surat/memo/maklum balas la, e-mel menge-mel la, faks mengfaks lagik, scan mengscan la & la, la, la, lain lagik. Perghhh semoga masa tu nnt aku diberi kesihatan yang elok + mood yang baik. Aminnnnn..... Anak mama juga!  X pe janji masyuk pun ok gak la.. Leh buat shopping baju anak mama nnt. So, mulai skrg aku kenalah amalkan pemakanan yg sihat serta rehat + tido yg mencukupi agar aku leh buat preparation menantikan masa/bln 8 ini.

P/S: Gambar ihsan mr google..