Monday 16 May 2011

hApPy MoThEr'S dAy...

Walau agak terlewat untuk dibicarakan namun bagi aku, iainya masih belum terlewat kerna bagi diri aku "HARI ISTIMEWA INI" sepatutnya disambut setiap hari (bkn semestinya 8 Mei saje!). Segala jasa, budi, pengorbanan, tunjuk ajar & kasih sayang yang dicurahkan oleh insan yang bergelar ibu ini amatlah besar. Tak ternilai rasanya, tak mampu untuk kita semua membalas segalanya & tak boleh dibanding dengan wang ringgit + harta + kekayaan + pangkat + nama/gelaran di dunia ini. Aku bercakap ni pun dari hasil pengalaman hidup aku setelah hampir 12 tahun pemergian arwah Mak tercinta Allahyarhamah Mardziah binti Hj. Abd. Manan. Al-Fatihah... Moga arwah Mak bahagia di SANA. Sejujurnya aku amat merindui kasih, sayang, perhatian, tunjuk ajar, belaian, pujukan, masakan serta segala-galanya tentang arwah Mak. Nak2 pula time aku berkawen, mengandung, bersalin & berpantang memang la rasa kehilangan sesangat. Nak mengadu, bermanja & merasai pengalaman arwah Mak menjaga aku time berpantang memang lah tak mungkin...Huhuhuhu.. Sedih lak bila mengenangkan nasib diri nie! Apapun aku bersyukur kerna sempat gak merasa kasih, sayang, perhatian, tunjuk ajar, belaian, pujukan, masakan serta segala-galanya tentang arwah Mak walaupun sebentar cuma. Segala kenangan tu terpahat kukuh dalam memori + minda aku selama-lamanya. Bagiku arwah Mak the best Mum in the world! Sebab tu Allah lebih menyayangi arwah Mak & dipinjamkan arwah Mak pada aku untuk sebentar cuma. Memang sukar nak cari insan sebaik/semulia arwah Mak. She's the only one in this world.. Arwah Mak memang penyayang, rajin, workholic, pandai masak, pandai mengemas umah, pandai menjahit, pandai menjaga rumahtangga, pandai bab2 agama. pendek kata arwah Mak memang perfecto serba serbi. Paling istimewa pasal arwah Mak aku ni ialah arwah Mak jarang ambil port / masuk campur hal orang lain. Amat susah @ sukar nak tengok arwah Mak marah, mengeluh, menyesal, mengutuk, mengata dan sebagainya lagi. Arwah Mak paling suka senyum. Susah sangat nak dengar arwah Mak bersuara tak tentu pasal! Yang paling aku kagum ngan arwah Mak, walau sesibuk mana sekalipun arwah Mak menjaga anak-anaknya (ramai tu dalam 9 orang! 3 orang heroin & 6 hero) & rumahtangga arwah Mak sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di rumah bersama-sama arwah Abah. Maksudnya sentiasa berpakaian rapi + bersih + wangi untuk suami & anak-anak tercinta! Terus-terang aku katakan aku tak mampu malah tak layak untuk menjadi sebaik arwah Mak... Tu yang aku rasa sedikit sebanyak aku menyesal gak la sebab aku tak sempat nak belajar & berguru ngan arwah Mak untuk menjadi ibu serta isteri sebaik arwah Mak. Kalau tak banyak sikit pun jadilah...Harapan serta doa aku semoga suatu hari nanti aku berjaya gak mengikut jejak arwah Mak dalam mendidik & membesarkan permata hatiku Afiq Nuqman sebaik mungkin. Amin... InsyaAllah. Oh ya, aku 1st time merasa lah jugak meraikan hari ibu ni ngan anakanda tercayang. Hadiah yang paling berharga buat diriku sempena hari ibu tahun nie adalah kelahiran putera comelku. Tiada hadiah yang setanding ngannya!! Akhir bicara, `Selamat Hari Ibu' untuk semua kaum ibu di luar sana especially buat arwah Mak tercinta & Mek di Ganu. Semoga kita semua akan menjadi yang terbaik dalam menjaga & memacu keluarga tersayang ke arah masa depan yang gemilang!!  Berbanggalah dengan peranan & tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita ini. Jayakannya dengan sepenuh hati.... Seikhlasnya.

-Kata-kata puitis ihsan dr incik Google-

No comments:

Post a Comment