Friday 10 June 2011

~SeLaMaT hArI gUrU~

Teristimewa Buat Semua Warga Pendidik:

Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Belayar Bernakhoda,
Berjalan Dengan Yang Tahu;
Ketika Ilmu Ditimba,
Biarlah Kita Berguru.

Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.



Bila sebut je bab2 hari guru nie, fikiran tak akan terlepas dari mengingati arwah Abah yang tercinta (Al-Fatihah...) Bagi aku arwah Abah adalah seorang guru yang penuh wibawa,  penuh dengan  semangat nasionalisme, penuh dedikasi, penyayang (teramat sangat!) dan very humble (down to earth!). Memang terlalu payah serta sukar untuk aku luahkan dengan perkataan. Aku mengambil masa yang agak lama (sebenarnya terlalu lama!) bagi menulisnya kerana jauh di sudut hati aku, aku amat merindui arwah Abah (selalu & terlalu merindui!!)... Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah menangisi pemergian arwah Abah. Hingga kini aku merasakan seolah-olah pemergian arwah Abah macam mimpi. Sampai ke saat & detik ini. Huhuhuhu.... Hati menangis siapa yang tahu! Nukilan ini aku tujukan juga buat abg aku di Manjung & akak aku yang bergelar guru! Tak lupa juga buat semua guru-guru di seluruh Malaysia. " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara", amat sesuailah tema hari guru pada tahun ini. Terima kasih CIKGU!!!!!

No comments:

Post a Comment